Sunday, December 13, 2009

MARI TOLONG ORANG






NI LAMA GILER DH AKU BUAT NI...KONON2 CITE BERMORAL LA NI...LU PIKIR LA SENDIRI YEK

Saturday, December 12, 2009

HANTU TUMPANG



aku x minat tgk cite seram..boring balik2 mcm tu je cite dia..tapi tah nape aku suka lukis komik seram..lagi 1 kalo aku lukis komik seram aku suka cite yg ending ade twist psl..watak2 pon aku akan twist jdk cute mcm katun lawak...ouhhh lagu twist pun aku suka sebenarnya..ok la baca la..yg ni aku buat dgn kadar segera je sebenarnya(sje2 buat) sori kalo visual tidak memuaskan..jgn btolkan monitor anda..

king of malas


pergh.com buat battle psl watak KING(tekken) ala yg mamat kepala rimau bintang tu..aku pun terasa nak join..tapi bukan la nak beria2 join sekadar memeriahkan suasana je..so aku pun buat lawak la sikit dgn men'redesign' watak king tu jdk mcm mahluk diatas...aku tukar pakai kepala kucing paling pemalas dlm sejarah kekucingan iaitu garfield..sapa salah ke..kucing ngan rimau satu family apa...

Wednesday, December 9, 2009

ANAK AKU BERGAMBAR DENGAN PUTERA


isnin ari tu..aku pegi wangsa walk...shoping complex yg baru bukak kt area umah aku (wangsa maju)..selalunya agenda aku ngn bini aku yg utama ialah makan..so aku,wife aku ngan adam(my son) pegi la makan kt restoren 'makanan laju' POPEYE(ala2 mcm kfc..mash potato dia sedap giler) tgh aku duduk ngn adam tetiba baru aku perasan kt meja sebelah aku pelakon utama cite hikayat putera syahzlan...aku ckp la kt anak aku...'adam tgk tu syahzlan' terus anak aku yg baru 2 tahun tu pusing tengok sambil sebut 'shazannnn'..trus dia bole cam bdk tu..smbil tgh makan si syazlan ni dok la agah anak aku..mengekek2 adam ketawa..seronok beno gamaknya...lepas tu dengan gaya muka serius separuh peramah aku mintak shazlan amik gambar ngn anak aku...bukan main seronok adam..bapak ngn ibu adam pun seronok gak..baik budi bahasa budak shazlan ni siap salam cium tgn lg aku ngan wife aku...sekian terima kasih..itu je aku nk cite..

Monday, November 30, 2009

Akhbar mingguan I luv Islam



Alhamdulillah..ahkhirnya berada dipasaran juga tabloid I luv Islam ni..setiap keluaran hanya akan ade 1page je artwork aku bukan la byk pun..tapi itukan rezeki jugak namanya kan...so sebulan aku kena buat 4 keping la loose.. saat aku menulis blog ni aku tak baca lagi sebenarnya I LUV ISLAM ni..puas gak aku mencari tapi tak jumpa..so tak bole la nak review pape lg pasal akhbar ni..tapi rasanya mcm best jek..kalo korang luv islam korang beli la..harga permulaan ni rm1 je bukan mahal pon..baru 10 keping duit seposen..aleh apa ade hal...

Thursday, November 19, 2009

aku,kau, dan komik


Antologi komik yang bertajuk Aku, Kau dan Komik..bakal masuk pasaran dalam masa terdekat ni( tidak termasuk pasar borong,pasar malam dan pasar seni so jangan carik kt sana..memang takkan jumpa) mengabungkan beberapa komik artis malaysia yang menceritakan tentang hidup manusia dan komik..aku dengan penuh semangatnya juga turut terlibat dalam projek gerek ni..dengan tajuk 'KOMIK ITU' aku cuba menceritakan bagaimana komik bole memberi kesan kepada manusia...terutamanya pada kanak2 yang masih banyak ruang putih didalam kotak fikir mereka..mudah menyerap apa saja corak yang cuba dilorekkan pada mereka..bagaimana komik yang dipandang picisan oleh sesetengah pihak mampu menukar landasan perspektif seseorang sang budak kepada garis kehidupannya..

Saturday, November 7, 2009

I LUV ISLAM


salam...ni job terbaru aku setakat ni(job komik)..loose ni Insya Allah akan diterbitkan dalam ahkbar mingguan I LUV ISLAM terbitan karangkrah(produk terbaru k.k) tajuk loose ni aku tak tau lagi psl aku serahkan kt pihak editor untuk pilih..kan suh aku bagi tajuk mesti merepek meraban aku bagi baik toksah..enjoy gak layan job ni walaupun aku tak biasa sgt nak meng'humor'kan cite berciri islamik ni..harap job ni dpt secara konsistennya memberi rezeki kepada aku...aminnnnn