KOMIK SOLO AKU

KOMIK SOLO AKU

Friday, October 28, 2011

Pada asalnya sebuah komik serius


Salam guys.. Komik ini asalnya aku hendak buat komik bersiri yang panjang untuk sebuah majalah online yang bernama WUHUU.

Tapi oleh kerana bos Wuhuu kata " kalau nak buat bersiri kena siap semua baru dia terima" Erk? terkedu aku hendak siapkan komik ini semua. Mungkin dia takut aku buat sekerat jalan dan lepas itu hilang seperti mana artis artis dia sebelum ini agaknya.




Fikir punya fikir ahkirnya aku ambil keputusan untuk buat cerita ini sekadar 2 atau 3 siri saja. Ouh ya setiap siri hanya 5 page. Jalan ceritanya sudah pastilah aku rombak 100%. Tajuk asalnya 'Bayang' pun mungkin aku akan tukar kepada lain.




Sebenarnya aku sayang watak Bayang aku ini. Kalau boleh biarlah hakciptanya aku pegang. Jika aku buat di Wuhuu ini hakcipta akan jadi hak milik mereka sepenuhnya seperti mana kebanyakkan majalah komik/kartun yang ada di Malaysia ini.(Setakat ini Komik M dan tak silap aku Visi Kreatif saja yang beri hakcipta kepada artis/pencipta.


Jadi ini adalah 5 page untuk episod pertama. Cuma page terakhir itu nanti akan ada perubahan dan penambahan panel.

5 comments:

  1. wahhh saya sangat suka..
    saya mau lagi...

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan guru sudi melawat blog saya

    ReplyDelete
  3. Wah!!Satu lagi karya Bophairy yang akan mengegarkan tanah air..best2

    ReplyDelete
  4. rzartz- mula2 memang nak buat cite superhero tapi oleh sebab ada masalah terus tak jadik..jadik cerita merepek je.. ha ha

    artzam-haha biasa je bro..cite pendek je ni..takde gegar2nya

    ReplyDelete